UMNO perlu tampil muka baru berciri ‘wali’

UMNO perlu tampil muka baru berciri ‘wali’

umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO perlu menampilkan lebih ramai calon muka baru yang menepati kriteria ‘wali’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya dapat menarik sokongan pengundi terutamanya pengundi muda.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah itu perlu diambil sebagaimana yang pernah dikemukakan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, dengan melibatkan lebih ramai lagi calon muka baru. 

Katanya, ini kerana keputusan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini menyaksikan rakyat sudah menerima calon muka baru terutama pengundi muda yang sudah bosan dan menyampah dengan orang lama. 

“Jadi apabila letak calon muka baru, (perlu) ada sifat-sifat ‘wali’. W atau winnable (boleh menang) itu maksudnya calon yang dikemukakan boleh menjamin kemenangan kepada parti, ‘A’ atau acceptable (diterima) yang bermaksud calon itu diterima oleh rakyat dan ‘LI’  atau likeable (disukai) yang mana calon itu juga disukai oleh rakyat. 

“Sebab itu kalau lihat 75 peratus muka baru di PRN Melaka dan 80 peratus di PRN Johor dan mereka menang. Ertinya rakyat nak orang baru terutamanya pengundi muda sudah bosan dengan orang lama yang dua atau tiga penggal tetapi berkelahi sesama sendiri.

“Mereka mahukan calon-calon baru yang boleh memimpin masa depan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. 

Bagaimanapun, Mustapha menjelaskan, mana-mana calon lama tetapi menepati kriteria ‘wali’ itu berkemungkinan boleh diberikan pengecualian. 

“Walaupun mungkin (calon) lama, tetapi sifat ‘wali’ itu ada, boleh dikekalkan,” jelasnya. 

Semalam, media melaporkan, UMNO akan mengenal pasti calon-calon heavyweight yang berpotensi besar untuk dicalon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Ahmad Zahid dilapor berkata, beliau bersetuju dengan cadangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib supaya UMNO turut meletakkan calon berkenaan untuk bertanding termasuk di Selangor.

Muhammad sebelum ini dilapor berkata, sebanyak 70 peratus calon heavyweight perlu diletakkan di Selangor sementara 30 peratus lagi adalah muka baharu belia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×