WILMINGTON: Twitter menyaman Elon Musk kerana melanggar perjanjian pembelian platform media sosial itu bernilai AS$44 bilion (RM195.05 bilion. Dalam tuntutannya semalam, Twitter meminta mahkamah Delaware memerintahkan orang terkaya di dunia untuk melengkapkan pembelian tersebut pada harga yang dipersetujui iaitu AS$54.20 sesaham. Twitter berkata, Musk nampaknya percaya bahawa beliau tidak seperti pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware, bebas mengubah fikirannya, memusnahkan syarikat, mengganggu operasi, memusnahkan nilai pemegang saham dan berlalu pergi. Dalam pemfailan berasingan, Twitter turut meminta mahkamah menjadualkan perbicaraan selama empat hari pada pertengahan September ini. Lapor Reuters,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya