Tuntutan audit forensik permainan individu kalah pemilihan PKR

Tuntutan audit forensik permainan individu kalah pemilihan PKR

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu tuntutan audit forensik hanyalah permainan segelintir anggota parti yang kalah dalam pemilihan parti pada baru-baru ini. 

Menurut Rafizi, beliau sejak awal membuat pendirian tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaleha Mustafa, namun mereka yang rapat dengan Presiden PKR dan merasakan boleh mempengaruhi keputusan itu untuk memastikannya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, beliau menjelaskan secara dalaman pandangan bahawa motif sesetengah pihak seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk terus mempersoalkan pemilihan parti dilihat mempunyai serampang dua mata.

“Pertama untuk cuba mengubah keputusan supaya saya dan beberapa orang lain yang menang bersama saya tidak disahkan oleh Kongres Nasional. Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar disebabkan manipulasi besar-besaran.

“Hakikatnya, mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Datuk Seri Anwar Ibrahim ini,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi menambah selepas keputusan diubah akibat audit digital, namun ia masih tidak boleh mengubah sebahagian besar keputusan pemilihan kerana sentimen akar umbi telah diterjemahkan semasa pemilihan.

“Malangnya, kumpulan yang kalah tidak boleh menerima kekalahan. Mereka terus mengasak dan mengelilingi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pemilihan semula atau setidak-tidaknya membuat audit digital untuk mencapai hasrat mereka. 

“Saya telah menyatakan pendirian bahawa parti akan terperangkap dengan permainan politik segelintir sedangkan majoriti parti telah membuat keputusan yang diterima dengan baik oleh rakyat umumnya,” jelas Rafizi.

Beliau yang simpati kepada Rodziah Ismail apabila keputusannya sebagai Ketua Wanita bertukar di saat-saat akhir terharu dengan pendiriannya bahawa parti mesti bergerak ke hadapan dan tidak terheret dengan permainan politik kelompok yang kalah.

Sehubungan itu, Rafizi menegaskan Kongres Nasional parti tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan karenah segelintir calon yang kalah memandangkan pilihan raya umum boleh dipanggil bila-bila masa dengan keutamaannya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan dengan lawan dalam PRU15.

“Sementara kita meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah PRU15, segala ruang dalam parti perlu dibuka untuk membolehkan isu-isu yang ditimbulkan akibat pertukaran keputusan di saat akhir ini terus disemak. 

“Antara langkah utama saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk meneliti keseluruhan proses audit digital yang telah mengakibatkan kecelaruan yang berlaku untuk memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak,” katanya.

Rafizi menambah sebagai Timbalan Presiden, beliau akan mengusahakan supaya satu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti berniat mensabotaj parti dengan terus-menerus mengkritik pemilihan bertujuan melengahkan kepimpinan baharu PKR.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya