Tuanku Syed Faizuddin lancar himpunan puisi Dr. Maza

Tuanku Syed Faizuddin lancar buku himpunan puisi Dr. Maza

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika melancarkan buku Himpunan Puisi Dr. MAZA: Jambangan Puisi Jentikan Nurani di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ‘Himpunan Puisi Dr. MAZA: Jambangan Puisi Jentikan Nurani” di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Kuala Lumpur hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran serta Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis anjuran DBP itu bermula dengan ulasan buku ‘Bicara Karya’ oleh Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari.

Ia diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan juga ucapan Mufti Perlis, ‘Deklamasi Puisi’ oleh Ahmad Shukri Abdullah dan ‘Lagu puisi’ oleh Badrul Hisham Abdul Hamid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya