Tiga suspek disyaki bunuh isteri ketua kampung ditahan polis

Tiga suspek disyaki bunuh isteri ketua kampung ditahan polis

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga suspek disyaki terbabit dalam kes pembunuhan isteri kepada ketua kampung Felda Mengkuang, di Bera, 5 Julai lalu, diberkas polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Pahang.

Katanya, tangkapan itu adalah hasil maklumat dan risikan yang dijalankan anggota polis.

“Hasil tangkapan mereka sejak semalam membawa kepada penemuan kenderaan yang hilang. Polis menemukan sebuah kenderaan jenis Honda City yang dipercayai milik suami si mati yang dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI

Mohd. Yusri berkata, ketiga tiga individu yang ditangkap direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, suspek dikatakan masuk ke rumah berkenaan pada awal pagi menerusi pintu belakang sebelum ke bilik tidur mangsa.

Mangsa, Siti Zuliana Said, 52, ditemukan meninggal dunia dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon, manakala suaminya berusia 60 tahun pengsan akibat dipukul selain turut mengalami kecederaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN