Tiga sekeluarga mangsa kepala air bersama janin dikebumikan

Tiga sekeluarga mangsa kepala air bersama janin dikebumikan

TIGA sekeluarga yang maut dalam kejadian banjir dan kepala air beserta janin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban, Baling. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Tiga mangsa daripada sebuah keluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Kampung Iboi, di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban, pagi ini.

Jenazah Salmah Mat Akib, 53, menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan anak kepada Salmah iaitu Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, selesai dikebumikan kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

MUHAMMAD Khairul Asyraf Nor Azman mendukung janin Allahyarhamah isterinya berusia empat bulan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban, Baling. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut dikebumikan adalah janin yang dikandung Nurul Anis berusia empat bulan.

Kesemua jenazah tiba di Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban dari Hospital Kulim dekat sini pada pukul 4.25 pagi untuk urusan solat jenazah.

Sementara itu, suami Nurul Anis, Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, mendukung janin masuk ke dalam surau tersebut.

Mayat Nurul Anis dan ibu mentuanya, Salmah yang lumpuh ditemukan di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 9.30 pagi semalam.

Sementara mayat Khairul Ikhwan juga ditemui di bawah timbunan batang pokok berhampiran  mayat ibu dan kakak iparnya pada pukul 11.55 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN