Tidak boleh bergantung simpati ‘mata lebam’- Saifuddin

[KONGRES PKR] Tidak boleh bergantung simpati ‘mata lebam’- Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: PKR mengakui rakyat mahukan wakil rakyat yang mampu memberi penyelesaian kepada isu yang dihadapi mereka.

Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu popular yang diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak boleh diguna pakai untuk menang pilihan raya akan datang.

“Pendekatan kami, untuk kita menang pilihan raya umum akan datang, kita tidak boleh bergantung pada simpati.

“Kita tidak boleh bergantung pada simpati ‘mata lebam’ ataupun kezaliman yang berlaku daripada kaca mata kami atau menyerang mengenai cukai GST serta skandal seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita perlu menampilkan formula kerangka penyelesaian kepada masalah rakyat,” katanya dalam sidang media.

Kongres Nasional kini berlangsung selama tiga hari di IDCC Shah Alam bermula hari ini.

Mengulas mengenai pandangan pihak yang menganggap presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti, Saifuddin Nasution meminta melihat prestasi parti itu pada setiap pilihan raya umum.

“Cerita tentang Anwar adalah liabiliti bukanlah cerita baharu. Anwar keluar penjara 2004 dan bertanding pada 2008.

“Anwar yang dianggap liabiliti serta simbol kepada PKR, partinya ini daripada tahun 1999 telah memenangi lima kerusi dan 2018 telah memenangi 48 kerusi Parlimen.

“Sekiranya nak cerita mengenai liabiliti ini, kita patut tengok progres PKR sejak dulu sehingga sekarang,” katanya. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam Kongres Nasional PKR mengingatkan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menghormati hierarki pemimpin tertinggi dalam menjamin kebebasan bersuara perlu diterapkan adab dan disiplin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya