Tiada usaha singkir pasukan Presiden PKR

Tiada usaha singkir pasukan Presiden PKR

JIMMY PUAH WEE TSE menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menyangkal dakwaan terdapat usaha menyingkirkan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pemilihan PKR 2022 baru-baru ini. 

Tegasnya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan bertujuan untuk memecah-belahkan parti tersebut. 

Katanya, siapa pun yang menang, semua pihak perlu menerima serta menghormati keputusan pemilihan tersebut dengan hati yang terbuka.

“Saya nafi dakwaan ini (Pemilihan PKR 2022 untuk singkirkan kem Anwar) kerana ia adalah cerita dongeng. Sudah menjadi adat pemilihan, ada yang menang dan ada yang kalah dan semua itu sudah muktamad.

“Selepas pemilihan tiada lagi pasukan ini atau pasukan itu, kita semuanya dalam satu ‘team’ yang sama. Menang atau kalah semua ada, kalau kalah cuba lagi dan yang menang pula jangan sombong sangat,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tentang dakwaan kecuaiannya menyebabkan negara berdepan tuntutan RM67.5 billion daripada waris Kesultanan Sulu di Balai Polis Tampoi, di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat pihak mendakwa pasukan Presiden PKR itu gagal menguasai pemilihan tersebut apabila majoriti daripada mereka tewas, manakala kem Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dikatakan lebih mendominasi pucuk pimpinan parti.

Mengenai laporan yang dibuat itu, beliau berkata, sebanyak 18 daripada 26 Cabang PKR Johor tampil membuat laporan polis tentang perkara itu hari ini selaras dengan arahan Timbalan Presiden PKR yang baharu.

Wee Tse yang juga Ketua Cabang PKR Pulai berkata, tindakan terhadap Najib boleh diambil mengikut peruntukan kanun jenayah sedia ada. 

“Daripada segi realitinya kalau kita tengok politik yang ada pada hari ini susah (melakukan pendakwaan terhadapnya) tetapi ini hasrat kita dan juga hasrat rakyat. Kita tetap akan usahakan kerana rakyat pun mahukan satu jawapan.

“Tuntutan RM67.5 billion adalah satu jumlah yang besar. Najib perlu tampil memberi penjelasan dan pihak polis perlu lakukan siasatan terperinci dan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk mendapatkan asas bagi mendakwanya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya