Tiada sasaran masa selesaikan isu bantuan mangsa banjir 

[PARLIMEN] Tiada sasaran masa selesaikan isu bantuan mangsa banjir  

MASTURA MOHD. YAZID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kekangan menjadi punca bantuan lambat sampai kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL).

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid berkata, antara kekangannya adalah mengenal pasti mangsa untuk menerima sebahagian bantuan atau sepenuhnya, permohonan bertindih daripada ketua isi rumah, permohonan tidak layak dan tidak lengkap serta pendekatan kos bahan binaan yang perlu disalurkan.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya telah mengenal pasti perkara itu dan bantuan akan disalurkan secepat mungkin kepada mereka yang layak.

“Setakat ini, 46 peratus dari jumlah mangsa di Kelantan sudah terima bantuan wang ihsan, 95 peratus bantuan barangan keperluan asas, 100 peratus bantuan pembaikan rumah telah diterima.

“Pemberian bantuan MTL dibuat secara berfasa, tempoh adalah bergantung kepada betapa cepatnya kita menerima maklumat daripada peringkat daerah, kemudian kepada kerajaan negeri dan terus ke Pusat. 

“Kita nak buat saringan supaya tidak ada pertindihan dan tiada salah fakta. Jadi buat masa ini, semua penyaluran dari Kementerian Kewangan sudah dibuat awal Julai. Sekarang sudah sampai ke peringkat daerah dan negeri, bantuan akan diterima dalam masa terdekat,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Mohd. Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) meminta kerajaan menjelaskan sasaran masa untuk menyalurkan bantuan  kepada mangsa banjir memandangkan masih ada yang belum menerima bantuan sehingga kini meskipun MTL akan dihadapi sekali lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN