Tiada projek ditangguh - Tengku Zafru

[PARLIMEN] Tiada projek ditangguh – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Tiada pelaksanaan projek ditangguhkan malah kerajaan tetap meneruskan projek kritikal untuk ekonomi dan rakyat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai senarai projek yang ditangguh atau dibatalkan dan jumlah yang disalurkan bagi memberi subsidi kepada golongan sasar.

“Setakat ini, tiada projek yang ditangguh atau dibatalkan dan kementerian masih dalam proses mengenal pasti penjimatan selaras dengan PB 3.1 (Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam).

“Jika sesuatu projek ditangguhkan pelaksanaan, namun kerja awalan termasuk penyediaan reka bentuk, pengambilalihan tanah dan perancangan perolehan masih diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis.

Kenyataan itu dibuat susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 18 Julai lalu berkata, kerajaan mengambil langkah menangguhkan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam.

Jelas Mustapa, ia bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN