Tiada penonton yang suka persembahan sewel - Azhar Sulaiman

Tiada penonton yang suka persembahan sewel – Azhar Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Patutkah kelab komediri Crackhouse diutup sementara?”

Itu reaksi pelakon terkenal, Azhar Sulaiman berhubung isu membabitkan seorang wanita didakwa menghina agama Islam dengan membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Azhar mempersoalkan beberapa perkara, termasuk keperluan kelab tersebut ditutup sementara waktu.

“Kelab itu dah lama wujud dan tiada isu pun sebelum ini sebab semua yang datang membuat persembahan ikut garis panduan yang disediakan.

“Kalau anda nilai semula video masa wanita itu buka baju, boleh dengar suara atau bunyi penonton yang berasa janggal dan pelik serta terkejut.

“Tiada penonton pun yang suka dan terima persembahan sewel mereka,” ujarnya.

Dalam entri sama Azhar juga menegaskan bahawa Crackhouse dan stesen televisyen serta semua tempat persembahan terbuka perlu berhati-hati dengan persembahan artis jemputan mereka.

“Takut ada lagi yang tidak waras akan muncul mengejutkan kita semua,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN