Tiada pakatan tumbangkan Pas di Kelantan - Ku Li

Tiada pakatan tumbangkan Pas di Kelantan – Ku Li

ku li
TENGKU  RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengakui tiada usaha lanjut dilakukannya bersama gabungan atau pakatan parti politik yang mahu bekerjasama menumbangkan kerajaan Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), setakat ini.

Veteran UMNO itu berkata, ada beberapa pemimpin politik  datang bertemunya kira-kira lebih dua bulan lalu menyatakan rakyat tidak senang hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini.

“Kita tak ada pakatan. Cuma mereka cadang minta saya pimpin. Saya kata tanyalah dulu kepada pemimpin parti masing-masing dan kita boleh tengok apa cara terbaik untuk membantu Kelantan. Bagaimanapun, saya akui tidak ada kata putus atau pakatan yang dipersetujui oleh pihak yang jumpa saya baru-baru ini,” kata Ku Li kepada pemberita di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, beliau dilaporkan bertemu pimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan dan bersedia mengetuai satu gabungan dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan untuk merampas negeri ini daripada Pas dalam PRU15.

Difahamkan, gabungan itu bakal disertai Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) selain Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sendiri serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×