Terlupa sedang panaskan minyak, kabinet dapur warga emas terbakar

Terlupa sedang panaskan minyak, kabinet dapur warga emas terbakar

DULLASI (kanan) bersama seorang warga emas yang terlibat dalam kejadian kebakaran dapur gas dan kabinet dapur di Kampung Baru Tampin, Tampin, Negeri Sembilan hari ini.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Gara-gara terlupa sedang memanaskan minyak untuk menyediakan sarapan, seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila dapur gasnya terbakar dalam kejadian di Kampung Baru Tampin, di sini, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.54 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Kami segera memadam kebakaran dan berjaya menyelamatkan rumah satu setengah tingkat itu daripada musnah terbakar. Warga emas berusia 73 tahun ini berada di rumah seorang diri manakala anak-anaknya pula bekerja di luar. Pagi ini, dia memanaskan minyak di dapur namun terlupa, apabila tersedar kebakaran sudah berlaku.

“Warga emas ini cuba memadamkan api, namun gagal dan meminta bantuan jiran. Jiran segera menghubungi kami bagi membantu memadam kebakaran berkenaan,” katanya hari ini.

Dullasi berkata, dianggarkan kebakaran berlaku sekitar 10 peratus di bahagian dapur tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya