Terbiar 10 tahun, rumah Datuk Maharajalela pulih - Utusan Malaysia

Terbiar 10 tahun, rumah Datuk Maharajalela pulih

PEMANDANGAN dari luar keadaan rumah Datuk Maharajalela yang sudah dibaik pulih selepas terbiar sebelum ini ketika tinjauan di Kompleks Sejarah Pasir Salak. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Rumah tokoh pejuang negara, Datuk Maharajalela di sini yang sebelum ini terbiar lebih 10 tahun tanpa di­selenggara dengan baik, akhir­nya berwajah baharu apabila sudah dibaik pulih.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kerja pembinaan sudah siap di bahagian luar, namun, tidak diketahui keada­an dalamnya kerana ikon wari­san itu belum dibuka kepada umum.

Kerja baik pulih dilakukan selepas kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM300,000 selepas laporan mengenai kea­daan rumah itu yang terbiar sehingga banyak bahagian rumah rosak te­ruk disiarkan akhbar ini sebelum ini.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Komuniti Perak Te­ngah, Nordin Abdul Malek me­nyambut baik usaha baik pulih dilaksanakan kerajaan negeri yang akhirnya berjaya memulih­kan keadaan rumah tokoh pejuang negara itu.

“Ini adalah bukti dan antara komitmen yang dijalankan pelbagai pihak seperti Jabatan Wa­risan dan Muzium serta kerajaan negeri membangunkan semula rumah ini.

“Kita melihat pembangunan ini sebagai kesedaran kepada masyarakat dan kerajaan tentang perlunya memelihara ikon nasionalisme di seluruh negara,” katanya.

Nordin berharap selepas rumah itu dibaik pulih, tidak lagi berlaku rumah itu terbiar.

Katanya, pihak berkenaan perlu memastikan rumah itu dijaga sepenuhnya.

“Saya berharap rumah ini dijaga dengan cara diletakkan dalam satu jabatan atau orga­nisasi yang tersusun, teratur kerana sebelum ini berlaku tolak menolak mengenai penyelenggaraannya.

“Ada yang kata di bawah Jabatan Warisan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah bidang kuasa Kurator Muzium, sebab itu rumah ini terbiar,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kerja baik pulih itu, ramai yang tertanya-tanya tentang status rumah itu sama ada pembinaannya sudah siap sepenuhnya atau masih dalam pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN