Tawar kerusi Pasir Salak tindakan terburu-buru

Tawar kerusi Pasir Salak tindakan terburu-buru

KAMARUDIN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan Pas Perak melalui Pesuruhjayanya, Razman Zakaria yang menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada penyandang, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disifatkan sebagai satu tindakan terburu-buru.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, ini memandangkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu masih ahli parti tersebut dan kenyataan sedemikian dikhuatiri bakal memburukkan lagi hubungan dalam Muafakat Nasional (MN).

Kamarudin berkata, bagaimanapun beliau yakin cadangan berkenaan adalah idea peribadi Razman dan bukannya konsensus Pas pusat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada dasarnya itu bukan cadangan Pas pusat tapi yang saya tahu, itu idea peribadi Pesuruhjaya Pas Perak sendiri. Ini kerana agenda Pas sekarang adalah ke arah perpaduan dan tanpa pertembungan kerusi antara parti-parti Melayu. 

“Parlimen Pasir Salak adalah kerusi tradisi dimenangi oleh UMNO. Saya tidak berapa setuju idea tersebut, lebih-lebih lagi Tajuddin masih lagi ahli UMNO. Justeru, saya rasa kenyataan tersebut terburu-buru,” katanya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Melaka.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Pas Perak sedia menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Tajuddin untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Razman berkata, tawaran itu dibuat setelah Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut digugurkan daripada MKT UMNO.

Katanya, bagaimanapun tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana-mana parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×