Tangguh 3 tahun undang-undang kawalan tembakau, rokok 

[Parlimen] Tangguh tiga tahun pelaksanaan undang-undang kawalan tembakau, rokok 

KELVIN YII LEE YUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi (PSC) Parlimen mengesyorkan supaya penguatkuasaan larangan merokok kepada ‘generasi penamat’ (GEG) atau individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya ditangguhkan selama tiga tahun. 

Pengerusinya, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berkata, tempoh tiga tahun itu sebagai menilai kesediaan kerajaan melaksanakan sepenuhnya dan keberkesanan rang undang-undang berkenaan. 

Katanya, ia juga bertujuan menilai keperluan untuk peraturan dan akta berasingan untuk produk tembakau mudah dan tidak mudah terbakar serta vape berdasarkan sains serta data. 

“Kita tahu penguatkuasaan bukan sahaja di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi turut melibatkan kementerian dan agensi lain supaya tiada salah guna kuasa dalam pelaksanaan akta ini nanti. 

“Oleh itu, generasi penamat ini hanya akan diimplementasi pada tahun 2025 dan yang terkesan adalah individu yang lahir pada tahun 2008,” katanya semasa sidang media di Dewan Rakyat hari ini. 

Ahli Parlimen Bandar Kuching dari DAP itu berkata, pihaknya mengesyorkan supaya memasukkan satu klausa penilaian mandatori ke dalam akta itu dan kemudian dipersetujui di Parlimen.

Alternatif dicadangkan ialah mengadakan khidmat komuniti dan sesi kaunseling wajib bagi mereka yang melakukan kesalahan, manakala kompaun dikenakan harus munasabah dan satu garis panduan perlu diberikan terutamanya pesalah kali pertama.

“Jawatankuasa mengesyorkan terapi gantian nikotin (NRT) dipasarkan secara terbuka di kaunter dan mudah didapati dan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada cukai yang dikutip daripada industri vape mesti diperuntukkan kepada program mQuit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN