'Tangani cabaran berniaga di kawasan bandar raya'

Tangani cabaran berniaga di kawasan bandar raya

REEZAL MERICAN Naina Merican (tengah) pada program Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Usahawan Pulau Pinang mungkin satu-satunya kumpulan usahawan di negara ini yang menjalankan perniagaan di kawasan bandar raya sepenuhnya, iaitu di bawah selian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, oleh itu, cabaran yang didepani mereka ketika ini pastinya tidak mudah.

Justeru, katanya, apabila ada program yang menghimpunkan usahawan bumiputera tempatan khususnya dari Pulau Pinang di bawah satu ‘bumbung’, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggap himpunan tersebut sebagai sesuatu yang signifikan dan penting buat para usahawan terlibat.

“Program anjuran MPBPP hari ini (Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang) sebagai contoh inisiatif ‘serampang dua mata’ yang bukan sahaja menghubungkan para usahawan dan agensi berkaitan, malah berupaya menjadi platform dalam aspek pembangunan usahawan menerusi konteks pembiayaan, pinjaman, latihan, kursus dan lain-lain.

“Jika bumiputera diperkasa, diperkukuh ekonominya, maka bangsa lain turut dibawa ‘berlari dan memecut’ bersama menuju matlamata sebuah negara maju dan makmur untuk kita semua,” katanya pada himpunan berkenaan yang diadakan di Hotel The Light, Seberang Jaya di sini.

Kira-kira 400 usahawan daripada pada pelbagai latar belakang dan peringkat perniagaan serta 30 buah agensi mengambil bahagian dalam himpunan usahawan itu.

Sempena program itu juga, seramai 15 usahawan diberikan Anugerah Usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang dibahagikan kepada lima segmen utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan, industri makanan serta agroprenuer muda selain penyerahan Sijil Projek Peningkatan Produktiviti Melalui Lean 5s Tahun 2021 kepada 10 buah syarikat yang berjaya menamatkan program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya