Suspek tikam bekas kekasih serah diri  - Utusan Malaysia

Suspek tikam bekas kekasih serah diri 

TANGKAP layar laporan Utusan Online berkenaan kejadian tikam bekas kekasih di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam bekas kekasihnya di Jalan Tun Sri Lanang di sini, petang semalam menyerah diri kepada polis, sebentar tadi.

Lelaki berusia 22 tahun itu tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 2.30 petang. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sejurus kejadian sepasukan polis telah membuat serbuan ke rumah suspek, namun, lelaki itu dipercayai melarikan diri keluar dari negeri ini.

Katanya, suspek bagaimanapun menyerah diri selepas dipujuk ahli keluarganya.

“Ketika serbuan di rumahnya, kita merampas baju dipercayai dipakai suspek ketika kejadian dan memaklumkan kes tersebut kepada ahli keluarganya. Petang tadi, suspek tampil menyerah diri di IPD Melaka Tengah,” katanya ketika dihubungi.

Hari ini, Utusan Online melaporkan, polis memburu seorang lelaki dipercayai menikam bekas kekasihnya menggunakan pisau dan mencederakan rakan mangsa di kaki lima, Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa, 23, mengalami kecederaan parah di tangan dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka manakala rakannya 25 tahun cedera di telinga. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya