Suspek bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlands

Suspek bunuh suami isteri ditahan di Genting Highlands

KERATAN laporan Utusan Online semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki yang diburu kerana disyaki terlibat dengan kes pembunuhan sepasang suami isteri di Taman Bercham Aman, Bercham di sini semalam, ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 61 tahun yang menjadi buruan polis itu diberkas pada pukul 7.45 malam bersama sebilah kapak yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuh mangsa.

Katanya, ujian saringan air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.

“Semakan mendapati suspek memiliki satu rekod lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MIOR FARIDALATRASH WAHID

Mengulas lanjut beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek dan rampasan barang kes, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 11 jam selepas laporan diterima.

Menerusi laporan media semalam, mayat suami isteri berusia 64 dan 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di kepala di ruang tamu rumah.

Mayat kedua-dua mangsa itu dijumpai oleh abang kepada mangsa lelaki pada pukul 8.50 pagi. Ekoran itu, polis mengesan suspek yang juga adik lelaki mangsa yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga milik kakak iparnya selepas insiden pembunuhan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN