Suspek bunuh isteri, bayi ditahan dalam keadaan bogel

Suspek bunuh wanita, bayi ditahan dalam keadaan bogel

RUMAH yang berlaku kejadian bunuh melibatkan ibu dan anak berusia dua bulan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh wanita dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan ditahan polis dalam keadaan bogel di sekitar Permas Jaya, di sini pada pukul 2.45 petang ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis turut merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek.

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat menerusi talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel.

Rakaman tersebut dipercayai dibuat selepas suspek melakukan perbuatan jenayah tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.