Sultan Nazrin sampai anugerah Bintang, Pingat Pengakap Perak

Sultan Nazrin sampaikan anugerah Bintang, Pingat Pengakap Perak

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah BSP-ll kepada Saarani Mohamad pada istiadat penganugerahan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menganugerahkan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) negeri Perak 2022 kepada 315 penerima di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad merangkap Yang Dipertua PPM Perak mendahului senarai penerima apabila dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Kedua Perak (BSP-ll).

BSP-ll yang juga anugerah kedua tertinggi PPM hanya disampaikan kepada tokoh terbilang.

Penganugerahannya yang terhad menjadikannya eksklusif dan penerima hanya dalam kalangan pemimpin negeri, negara dan kepemimpinan pengakap yang banyak berjasa.

Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua Perak pula dianugerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim merangkap Timbalan Yang Dipertua PPM Perak.

Menerima Bintang yang sama ialah  Exco Kerajaan Negeri, Khairul Shahril Mohamed dan Ahmad Saidi Mohamad Daud yang juga Naib Yang Dipertua PPM Perak.

Anugerah Sijil Pengakap Raja disampaikan kepada 222 penerima membabitkan ahli Pengakap Remaja pada 2019 dan 2020 yang berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan pengakap sekolah.

Istiadat penganugerahan berlangsung di i Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin dan Ketua Pesuruhjaya PPM Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid.

Sementara itu, Mohd Zin berkata, penyampaian anugerah hari ini adalah satu manifestasi penghargaan PPM atas segala sumbangan dan khidmat bakti cemerlang kepada pembangunan kepengakapan di dalam dan luar negara.

“Tahun ini PPM akan menumpukan usaha menggerakkan 11 fokus utama kepengakapan negara.

“Antaranya pendigitalan, pemerkasaan ‘sustainable development goals (SDGs) dan skim ‘Better World Frame’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya