Suami gagal bayar caruman suri rumah boleh didenda RM10,000

Suami gagal bayar caruman Perkeso kepada isteri boleh didenda RM10,000

parlimen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suami yang gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada isteri yang menjadi suri rumah  boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu dijelaskan dalam  draf Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan untuk keselamatan sosial bagi suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu bagi peningkatan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah dan bagi berkaitan dengannya.

Caruman yang perlu dibayar itu hendaklah terhenti apabila suri rumah berkenaan telah mencapai umur 55 tahun atau mati, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Namun, jika suami itu tidak berupaya membayar caruman yang telah dipilih disebabkan kehilangan pendapatan, suami tersebut hendaklah memaklumkan kepada pertubuhan 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sebagaimana yang ditetapkan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN