Stadium Shah Alam warisan, ikon rakyat

Stadium Shah Alam warisan, ikon rakyat

PEMANDANGAN udara Stadium Shah Alam yang kelihatan usang. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pembangunan Stadium Shah Alam dan bandar Shah Alam di Selangor adalah hasil pampasan yang diperoleh menerusi Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan disaksikan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 1 Februari 1974.

Kerajaan Selangor waktu itu diwakili Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala Kerajaan Persekutuan diwakili Yang di-Pertuan Agong waktu itu, Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, perjanjian itu difahamkan turut menitiskan air mata Almarhum Sultan Salahuddin selepas dipersetujui baginda.

“Ekoran perjanjian itu, Selangor menerima pampasan yang digunakan untuk membina Stadium Shah Alam dan bandar Shah Alam.

“Jadi, Stadium Shah Alam adalah warisan dan ikon rakyat serta negeri Selangor yang perlu dipertahan, bukannya dirobohkan.

“Saya difahamkan, kos pembinaannya bukan sedikit, RM200 juta. Kalau hendak roboh perbelanjaannya juga besar, jadi sebaiknya guna duit itu untuk membaik pulih stadium,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan, Stadium Shah Alam yang pernah dinobat sebagai terbesar di Asia Tenggara dan menjadi stadium rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.

Stadium baharu itu dikatakan ber­ka­pasiti 30,000 hing­ga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara ber­banding Stadium Shah Alam sekarang berkeluasan kira-kira 155,000 meter persegi.

ARIPIN SAID

Mengulas lanjut, Aripin berkata, sekitar kawasan Stadium Shah Alam itu sewajarnya dibangunkan sebagai lokasi pusat pelancongan khususnya yang berkaitan sukan.

“Kita ramai arkitek dan jurutera yang boleh bantu merealisasikan hasrat ini bagi menjadikan Stadium Shah Alam sebagai mercu tanda Selangor khususnya berkaitan sukan.

“Stadium ini warisan yang perlu dipertahan, bukan merobohkan ikonik rakyat dan negeri Selangor,” tegasnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya