SK Bukit Awang hilang jaguh sukan

SK Bukit Awang hilang jaguh sukan

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kanak-kanak yang putus kaki kiri akibat kesan dihempap batang besi dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kampung Dalam Kemunting, di sini, kelmarin adalah jaguh sukan yang mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang.

Mohamad Shahrul Rizal Mohd. Azizi, 12, bermain bola sepak dan pelari dalam sukan merentas desa kini stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Datuk kepada kanak-kanak terbabit, Abdul Hamid Ali berkata, kejohanan merentas desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku pada 26 Jun lalu adalah penyertaan terakhir cucunya selepas kehilangan kaki kiri akibat kemalangan itu.

Menurutnya, dia berdoa dan berharap Mohamad Shahrul tabah berdepan dua ujian getir iaitu kehilangan kaki serta ibu tercinta yang maut dalam kemalangan tersebut.

“Mohamad Shahrul seorang kanak-kanak yang kental, walaupun usianya masih mentah dia sudah mampu berdikari dengan mengurus kehidupannya bersama dua lagi adik beradik.

“Hal ini kerana, arwah ibunya bekerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang. Selain itu, Mohamad Shahrul mencari duit dengan menangkap ikan darat dan menahan belut untuk dijual, lebihannya dijadikan lauk pauk seisi keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Kala, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Hamid kesal terhadap berita palsu yang tular dalam media sosial berkait keadaan cucunya yang didakwa turut meninggal dunia.

Katanya, Mohamad Shahrul masih hidup dan dia dimasukkan ke bilik pembedahan HUSM pada pukul 9 malam semalam.

Jenazah ibunya, Yusni disolatkan di rumahnya pada pukul 9.30 malam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tinggi, di sini malam semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, pihaknya akan memastikan kanak-kanak berkenaan termasuk dua adiknya iaitu tersebut Mohamad Khairul Asraf, 11, dan Mohamad Fakrul Hisyam, 6, mendapat pembelaan sebaik mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya