[SIDANG DUN] Fungsi, tujuan Pertam dipersoal - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Fungsi, tujuan Pertam dipersoal

SERAMAI tujuh ADUN pembangkang tidak menyokong RUU Enakmen Perbadanan Tanah Adat Melaka pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan fungsi sebenar Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) apabila badan itu dilihat seolah-olah menjadi model kepada pemaju-pemaju perumahan untuk mengusahakan tanah adat di negeri ini.

Adly Zahari (PH-Bukit Katil) berkata, peranan Pertam dilihat bertindih dengan Lembaga Perumahan Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan pemaju perumahan.

Tegasnya, setakat ini tiada jaminan pemilik yang terlibat dengan tanah adat boleh kekal memiliki kekayaan atau tanah tersebut dalam tempoh jangka panjang.

“Kita lihat contoh penternakan lembu di Belanda yang mana kerajaan sudah membantu penternak dengan nilai jutaan ringgit. Apabila mereka (penternak) tidak boleh mewariskan kepada generasi seterusnya, maka kerajaan ambil alih tanah tersebut.

“Kerajaan bukan mengambil alih pemilikan tanah tetapi proses itu sahaja. Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara kerajaan dan pemilik. Kalau tanah adat ini diguna pakai, persoalannya sampai bila?” Soalnya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Negeri Melaka pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mencadangkan pindaan bagi meluaskan lagi ruang lingkup pemakaian enakmen selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Melaka.

Adly yang juga Ketua Pembangkang DUN menambah, berdasarkan laporan audit, tanah adat yang ada di negeri ini tidak melebihi 26 peratus, malah di beberapa kawasan jumlah itu lebih rendah.

Menurutnya, Pertam dilihat akan lari daripada tujuan asal jika memajukan tanah selain tanah adat.

“Apakah Pertam boleh memajukan tanah selain tanah adat? Sekiranya Pertam tertumpu kepada tanah adat, berapa saja tanah yang tinggal? Ini tidak dinafikan dalam mana-mana kerajaan pun akan menjadi pertentangan. Maka kita mesti ada keputusan untuk pastikan Pertam sustain (kekal) dan pada masa sama boleh terus memajukan tanah adat,” jelasnya.

RUU tersebut diluluskan dengan 19 undian menyokong, tujuh berkecuali dan dua tidak hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya