Sembilan pemimpin politik diambil keterangan 

Sembilan pemimpin politik diambil keterangan 

NOOR DELLHAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini telah mengambil keterangan sembilan pemimpin parti politik pembangkang bagi membantu siasatan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar Masjid Jamek Kampung Baru dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, enam daripada mereka selesai dirakam keterangan hari ini manakala tiga lagi dipanggil semalam dan Sabtu lalu.

“Setakat ini sembilan pemimpin parti politik selesai dirakam keterangan berhubung penganjuran perhimpunan itu.

“Kita bakal memanggil Ahli Parlimen Lumut yang juga Setiausaha Agong Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mohd. Hatta Md Ramli pada Rabu ini ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Enam pemimpin parti politik yang dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil; ADUN Pandan Indah merangkap Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim dan bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari.

Selain itu, ADUN Templer Park, Mohd. Sany Hamzan; Ketua Wanita Muda AMANAH, Nurthaqaffah Nordin dan wakil Angkatan Wanita AMANAH, Anfal Saari.

Tiga pemimpin parti politik yang sudah selesai dirakam keterangan sebelum ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad; Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Ketua Pemuda AMANAH, Mohd. Hasbie Muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya