PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan sama ada ahli PKR mahu menyangkal penjelasannya berhubung kadar pertumbuhan ekonomi negeri ini yang jauh ketinggalan dari negeri lain.
Ia berikutan, beliau mendakwa, kadar pertumbuhan ekonomi Selangor dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita lebih perlahan berbanding negeri lain.
Malah, ahli Parlimen Pekan itu juga mencabar ahli-ahli parti itu untuk membuat laporan polis terhadap kenyataannya itu.
“Pagi tadi saya mengulaskan angka-angka dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi Selangor dari segi KDNK per kapita sejak PH mengambil alih telah ditinggalkan negeri-negeri jiran.
“Ada sesiapa dari PKR yang mahu sangkal dan buat laporan polis terhadap saya tak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN