Sebanyak 323 bas ekspres diperiksa JPJ

Sebanyak 323 bas ekspres diperiksa JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 323 bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menerusi Op Hari Raya Aidiladha 2022 yang bermula 6 Julai lalu.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Zulkifly Ismail berkata, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan bas ekpres berada dalam keadaan baik dan pemandu mempunyai dokumen yang sah.

“Sepanjang dua hari pemeriksaan dijalankan, semua bas didapati selamat dan tidak mengesan bas yang tidak selamat digunakan setakat ini.

“JPJ juga bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan semua pemandu bas bebas dari penggunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan di TBS, malam tadi.

Zulkifly berkata, sebanyak empat pasukan yang dianggotai lapan anggota JPJ juga akan melakukan penyamaran sebagai penumpang.

“Setiap pasukan ini mempunyai dua anggota dan mereka akan menyamar sebagai penumpang bas bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Beberapa strategi penguatkuasaan lain turut dijalankan antaranya rondaan di lebuh raya, operasi motosikal pemeriksaan di setiap terminal bas dan rondaan di sekitar ibu kota,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya