RUU Anti Lompat Parti dijangka berkuat kuasa September ini

[Parlimen] RUU Anti Lompat Parti dijangka berkuat kuasa September ini 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen lompat parti dijangka mula berkuat kuasa pada minggu pertama September ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rang undang-undang itu terlebih dahulu akan dibentang di Dewan Negara pada 9 Ogos ini untuk bacaan kali pertama diikuti bacaan kali kedua sehari selepas itu. 

“Apabila diluluskan di Dewan Negara nanti, kerajaan akan mempersembah rang undang-undang ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan setelah memperkenan dan dikembalikan semula kepada kerajaan, kita akan memohon melaksanakan rang undang-undang ini. 

“Apa yang kita boleh kawal, kita akan buat yang terbaik, dan di luar kawalan kita, kita serahkan kepada pihak tertentu. 

“Saya cukup yakin, kita boleh akhirnya dapat rang undang-undang ini dengan perkenan Agong dengan menggazetkannya mengikut garis masa yang telah kita tentukan,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Parlimen hari ini. 

RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi lebih dua pertiga ahli Dewan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu pertama kali dibacakan pada 11 April lalu, bagaimanapun, ia kemudian dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU tersebut berikutan tafsiran Perlembagaan dan ‘lompat parti’ yang terlalu luas.

Bacaan kedua rang undang-undang itu telah dibaca, dibentang dan dibahaskan semalam di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya