Ribut: 50 rumah terjejas di Perlis - Utusan Malaysia

Ribut: 50 rumah terjejas di Perlis

KIRA-KIRA 50 buah rumah di seluruh Perlis terjejas ekoran hujan lebat berserta angin kencang yang melanda hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang.

Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis.

“Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini.

“Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok.

“Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, puluhan pokok dikenal pasti tumbang di sekitar negeri ini ekoran angin kencang serta hujan lebat yang masih berterusan dijangka sehingga pukul 6 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN