KOTA BHARU: Ramai dalam kalangan pesara polis berpangkat rendah khususnya di negeri ini hidup terpinggir selepas menamatkan perkhidmatan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengerusi Persatuan Kebajikan Pesara Polis Negeri Kelantan (PKPPNK), Mohd. Nordin Yaakub berkata, kebanyakan mereka terpaksa membawa haluan sendiri apabila mendapati keadaan ekonomi tidak kukuh selepas bersara. Menurutnya, keadaan bertambah sukar apabila pesara-pesara itu berstatus warga emas selain menghidap penyakit kronik. “Ramai pesara yang menjalani kehidupan dengan ekonomi…










