Ramai penasihat industri bakal dilantik akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Ramai penasihat industri bakal dilantik akhir tahun ini

MOHAMMAD Mentek (depan tengah) bergambar dengan kepimpinan GSB UKM diterajui Zafir Khan Mohamed Makhbul (depan tiga dari kiri) di Bangi. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal melantik lebih ramai penasihat industri bagi memperkukuhkan standard institusi itu.

Dekannya, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul berkata, pihaknya memang ada merancang menambah bilangan individu tersebut daripada pelbagai bidang dalam masa terdekat.

“Kita berhasrat melantik ramai lagi penasihat industri dan mengadakan satu majlis khas bagi penyampaian watikah menjelang hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Terdahulu, beliau meraikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek sebagai penyandang pertama yang dilantik bagi jawatan tersebut. Institusi itu asalnya ditubuhkan sebagai Unit Pengurusan Perniagaan dalam Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UKM pada 1972 sebelum menjadi sebuah fakulti tersendiri pada 1979.

Zafir Khan berkata, pemilihan Mohammad bukan sahaja kerana tokoh itu lepasan UKM malah berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran terutama isu komunikasi.

“Peranan beliau amat penting bagi memastikan kurikulum GSB UKM sentiasa relevan dan memenuhi keperluan pasaran industri selain menambah baik kualiti sekolah ini. Kita optimis kepakaran yang dimiliki pemimpin organisasi kementerian tersebut dapat membantu memperkasa jaringan kerjasama antara sektor industri dan media tempatan,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, pelantikan penasihat industri buat julung kali itu selaras misi dan visi GSB UKM dalam melestarikan pendidikan bagi mendepani dunia tanpa sempadan.

Zafir Khan yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam dunia akademik serta industri yakin Mohammad berupaya memberi input terbaik bagi melonjakkan standard institusi itu. Tambahan pula, GSB UKM menjadi tanda aras kualiti pendidikan pengajian bisnes pasca siswazah dengan menerima akreditasi oleh badan kelayakan akademik ternama dari luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN