Raja Perlis harap pelabur bantu suburkan sektor pelancongan di Perlis

Raja Perlis harap pelabur bantu suburkan sektor pelancongan di Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama-sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah tengku Abdul Rashid menghadiri Majlis Santapan Malam Jemaah Dato'-Dato' Perlis (JDDPs) 2022 Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ke 79’ yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam semalam. Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja JDDPs dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berharap pelabur baik dari dalam mahupun luar supaya menyuburkan lagi sektor pelancongan di Negeri Perlis termasuk dalam aktiviti perhotelan. 

Terdapat banyak perubahan yang sedang berlaku di negeri Perlis masa kini yang memerlukan untuk mengusahakan dan memperhebatkan lagi kemajuannya terutama dalam pembangunan fizikal dan infrastruktur.

Demikian dititahkan oleh baginda ketika berkenan berangkat bersama-sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid menghadiri Majlis Santapan Malam Jemaah Dato’-Dato’ Perlis (JDDPs) 2022 Sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ke 79’ bertempat di Taming Sari Grand Ballroom Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja JDDPs dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua baginda berdua iaitu Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) dipersembahkan nombor pendaftaran plat kenderaan khas ‘USM 1’ daripada Pro Canselor USM Mustafa Mansur, Dr Awang Adek Hussin dan Naib Canselor,  Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Menyambut keberangkatan tetamu diraja ke majlis yang dihadiri 440 orang tetamu itu ialah Presiden Jemaah, Mejar Jeneral (bersara) Datuk Husin Md. Tahak (Bersara) dan Timbalan beliau Prof Emeritus Dato’ Dr Ir Ts Kamarudin Hussin serta barisan Jawatankuasa Jemaah Dato’-Dato’ Perlis bagi penggal 2022-2025 yang baru sahaja dipilih pada 18 Mei baru-baru ini.

Pada majlis tersebut baginda yang juga merangkap Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dipersembahkan nombor pendaftaran plat kenderaan khas ‘USM 1’ daripada Pro Canselornya Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk’ Seri Dr Awang Adek Hussin dan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan bernilai RM25,000 untuk aktiviti JDDPs daripada pihak HR Group of Companies yang diwakili oleh Shafiq Hizwari. Faizuddin Centre of Excellence (FCOE) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diwakili Kamarudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd. Nazim Mohd Noor menyerahkan sumbangan bernilai RM10,000 untuk Program Kecemerlangan Pendidikan JDDPs kepada para pelajar dari kalangan asnaf dan B40.

Terdahulu Husin dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan bahawa JDDPs dengan slogannya iaitu ‘Bersedia, Bersatu Dan Berbakti’ mengalu-alukan segala sumbangan ikhlas daripada para dermawan yang budiman untuk menyokong pelbagai inisiatif JDDPs khususnya dalam membantu mereka yang memerlukan selain memperteguhkan institusi DiRaja Wangsa Jamalullail Perlis.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya