Raja Muda Perlis terharu tindakan pantas bantu mangsa ribut

Raja Muda Perlis terharu tindakan pantas bantu mangsa ribut

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenaan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan kariah Masjid Al Rashid Kubang Perun, Mata Ayer, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa terharu dengan tindakan proaktif dan keprihatinan pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan pantas kepada mangsa ribut di Perlis.

Selain itu, baginda turut berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan dalam penyaluran bantuan kepada mangsa terlibat.

Baginda bertitah demikian selepas berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih dalam kalangan kariah Masjid Al Rashid Kubang Perun, Mata Ayer, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, pihaknya telah mengagihkan bantuan kepada mangsa ribut di negeri ini secara berfasa pada 13, 14 dan 15 Julai lalu membabitkan 89 mangsa melalui tiga kaedah.

“Sumbangan pertama meliputi bantuan kewangan kepada 67 penerima yang membuat permohonan melalui Borang Bantuan Bencana MAIPs.

“Sumbangan kedua membabitkan Bantuan Baik Pulih Rumah kepada 22 orang penerima merangkumi zon utara, tengah dan zon timur,” katanya.

Tambahnya, MAIPs turut menyerahkan Bantuan Baik Pulih Penuh kepada mangsa dengan mengambil kira kemusnahan kediaman.

“Pihak yang terkesan dengan ribut sebelum ini boleh merujuk amil kariah masing-masing bagi mengetahui sama ada bantuan boleh dipertimbangkan oleh MAIPs atau tidak,” katanya.

Pada 12 Julai lalu, akhbar ini melaporkan hampir 100 buah rumah mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung susulan kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN