Raja Muda Perlis sokong produk pelancongan baharu

Raja Muda Perlis sokong produk pelancongan baharu

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail(kanan) berkenan melawat Balbuk Haus di Kampung Balik Bukit, Chuping, Padang Besar, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi sokongan penuh terhadap produk-produk pelancongan baharu di negeri ini yang terus berkembang pesat.

Titah baginda, antara lokasi-lokasi terbaharu tersebut adalah  di kafe Balbuk Haus, Warung Chaq dan BBC Campsite di Balik Bukit, Chuping  di sini.

“Balbuk Haus disifatkan cukup unik manakala Warung Chaq yang beroperasi sejak 20 Jun lalu juga sama yang menyediakan pelbagai menu sarapan pagi menarik buat pengunjung.

“BBC Campsite yang terletak di Lorong Haji Mahmud di sini mampu memuatkan 40 orang pada satu masa dengan 15 khemah berlatar belakangkan pemandangan yang cukup indah dan memukau,” titah baginda selepas berkenan mengetuai Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di sekitar kawasan Kampung Balik Bukit, Chuping, di sini hari ini

Dalam program tersebut, baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada tiga asnaf terpilih di mana masing-masing menerima bantuan sebanyak RM700 setiap seorang.

Dalam pada itu, pemilik Balbuk Haus, Ahmad Soffi Abdul Manah, 33, berkata, konsep awal kafe miliknya itu adalah bagi menikmati makanan secara privasi sambil ditemani bunyi unggas dan dikelilingi sawah padi.

“Memasuki pertengahan 2022, Balbuk Haus secara perlahan-lahan beroperasi sebagai sebuah kafe kecil dengan mengekalkan menu utamanya iaitu Nasi Lalap berasal dari Sabah dan beberapa kuih tradisional lain,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya