Rafizi seru ahli PKR serang, lawan Najib - Utusan Malaysia

Rafizi seru ahli PKR serang, lawan Najib

NAJIB TUN RAZAK (kanan) dan RAFIZI RAMLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyeru semua ahli parti supaya ‘menyerang’ dan ‘melawan’ segala kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membuat laporan polis secara besar-besaran di seluruh negara.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan supaya Najib tidak boleh bermaharajalela dan ‘meracuni’ pemikiran rakyat.

“Kita dah jatuhkan dia sampai jadi pesalah dan bakal banduan, kalau tak terus sanggah, dia rasa dia pembesar negara. Bermula hari ini, tugas pertama kita balik sanggah Najib sehingga hantar dia terus ke penjara.

“Selasa ini, saya meminta pimpinan semua peringkat sama-sama buat laporan polis besar-besaran terhadap Najib di seluruh negara, kita tak boleh biarkan dia ikut suka buat isu perkauman, ikut suka racun rakyat, cukuplah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Nasional Ke-16 hari ini.

Katanya, setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, ahli-ahli PKR perlu bertindak dengan membuat laporan polis.

“Kalau Najib berbohong jangan duduk diam, kita akan buat laporan polis demi laporan polis sebab saya tahu Najib seorang yang penakut, dia sembang kencang sebab orang tak lawan dia, dia rasa bebas sekarang.

“Pastikan setiap pembohongan dan propaganda, kita akan lawan. Najib lepas ini akan jawab macam di mahkamah, semua dia tak tahu,” katanya.

Pada masa sama, Rafizi turut mendedahkan tugas pertamanya sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Saya akan mula turun kawasan Parlimen tumpuan bermula minggu pertama Ogos. Saya minta supaya pimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sama-sama turun ke negeri-negeri ke cabang-cabang dalam dua tiga minggu dari sekarang untuk berjumpa jentera, perbetulkan jentera. Anda telah dipilih, sekarang masa untuk laksana tanggungjawab dan bela maruah parti dalam pilihan raya.

“Kalau momentum diteruskan, dalam mesyuarat MPP pertama saya sendiri akan mengusulkan untuk menubuhkan koperasi PKR dan didaftarkan cepat, bukan untuk jaga kebajikan anggota semata-mata tapi nak tunjukkan agenda ekonomi kita berbeza, bukan projek kroni besar tetapi kayakan anggota di bawah, cambahkan dan jana ekonomi rakyat, perkasa melalui koperasi. Tak jadi kerajaan pun boleh wujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan anggota parti.

“Kita mula dengan rakyat, tanpa parti kita tak ada apa-apa, kita tidak ada apa-apa kalau tidak kerana rakyat, jadi kita datang dari rakyat maka perlu kembali kepada rakyat, masalah rakyat adalah masalah kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya