Pusat hiburan tawar GRO lima kali diserbu

Pusat hiburan tawar GRO lima kali diserbu

SERAMAI 10 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun pernah diserbu beberapa kali, sebuah pusat hiburan Taman Usahawan Kepong dekat sini tetap berdegil meneruskan operasi dengan menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO).

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas 10 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 6.58 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, premis tersebut dikesan masih berdegil dan meneruskan operasi walaupun sudah lima kali diserbu sejak Januari hingga Julai.

Kata beliau, seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis dan dua lelaki warga asing menyerupai wanita turut diberkas dalam serbuan itu.

“Polis juga merampas pelbagai peralatan sistem audio dan wang tunai RM159.

“Semakan rekod mendapati hanya seorang suspek warga tempatan mempunyai lima rekod lampau pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 45 tahun akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pada Sabtu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 B akta sama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN