Pulau Pinang akan pinda Perlembagaan negeri

RUU antilompat parti: Pulau Pinang akan pinda Perlembagaan negeri

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang akan meminda Perlembagaan negeri supaya peruntukan yang berkaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti kekal konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang dipinda.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Penasihat Undang-undang negeri telah diarahkan untuk membantu dalam perkara tersebut

“Pulau Pinang berhasrat meminda Perlembagaan negeri dengan sewajarnya supaya peruntukan yang berkaitan kekal konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang dipinda.

“Pulau Pinang akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas untuk pindaan yang perlu kepada Perlembagaan negeri untuk dibentangkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, seramai 209 ahli parlimen bersetuju dan 11 Ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat itu.

Menurut Kon Yeow,  beliau amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah semalam yang mana seramai 209 ahli parlimen yang hadir di Dewan Rakyat telah mengundi menyokong pindaan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan tindakan lompat parti dalam kalangan ahli parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya