PRU15: Armada mahu lebih ramai anak muda diberi peluang

PRU15: Armada mahu lebih ramai anak muda diberi peluang

WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (dua dari kanan) ketika meninjau perusahaan kelapa komuniti dan belia di Projek Diraja Kelantan (PDK), Bachok, Kelantan, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu pucuk pimpinan tertinggi parti memberi ruang yang lebih besar kepada golongan muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah itu dilihat tepat pada masanya susulan kerajaan membenarkan anak muda berusia 18 tahun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU15.

“Kebanyakan pengundi muda tidak menilai calon daripada parti mana. Sebaliknya lebih cenderong memilih calon muda yang lebih bersih, berketerampilan dan mudah diterima oleh pelbagai lapisan rakyat.

“Bukan itu sahaja, golongan atas pagar yang tidak menyokong mana-mana parti politik dilihat lebih berminat untuk memilih tokoh pemimpin muda sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan Tapak Perusahaan  Inisiatif Belia Bekerja (IBB) Kelantan, di sini hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal memberitahu, semua perkara tersebut adalah tuntutan semasa bertepatan dengan selera memilih golongan muda yang menjadi pengundi dalam PRU akan datang.

Katanya, semua parti lain dalam kompenan Pakatan Nasional (PN) juga Barisan Nasional (BN) turut mengambil serius perkara kerana anak muda berusia 18 tahun sudah berhak memilih pemimpin.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara menyifatkan kelulusan pindaan Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan semalam adalah satu kejayaan dalam membentuk arena politik yang lebih stabil.

“Armada menyambut baik apa yang diluluskan di parlimen dan ianya kejayaan buat ahli politik yang terbabit termasuk Bersatu.

“Kita harap dengan adanya pindaan ini ianya akan menstabilkan politik negara jangka masa panjang bagi menjamin kecemerlangan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN