Proses pengundian 50 perwakilan AMK dibuat semula

Proses pengundian 50 perwakilan AMK dibuat semula

ANTARA perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Kongres Nasional AMK Malaysia 2021 dan 2022 di IDCC Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemilihan 50 perwakilan Anggota Muda Keadilan (AMK)  Pusat terpaksa dibuat pengundian semula kerana sistem tidak berfungsi. 

Sekretariat Kongres yang diketuai Syukri Razab mengatakan sistem bermasalah dan pengundian seterusnya dibuat menggunakan google form

Keadaan dewan itu kemudian menjadi kecoh  susulan protes terhadap pihak pengurusan. 

Beberapa anggota AMK mengadu berasa kecewa dengan kegagalan tersebut memandangkan ia berlaku selepas tempoh pengundian yang mengambil beberapa jam pada hari  sama. 

Setiausaha AMK, Syukri Razab berkata, sistem tersebut telah dicuba beberapa kali namun tidak menjangkakan kegagalan itu berlaku pada hari ini. 

“Kami dah test tapi mungkin hari ini kita ada masalah teknikal. Mungkin juga talian internetnya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya