Proses pengambilan pekerja warga Bangladesh bermula - Utusan Malaysia

Proses pengambilan pekerja warga Bangladesh bermula

Kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) mula diberikan kepada pekerja asing warganegara Bangladesh berkuat kuasa hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan proses berkaitan pengambilan pekerja warga Bangladesh telah bermula dengan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di ibu negara.

KSM menerusi satu kenyataan memaklumkan, proses pengesahan melibatkan 15 syarikat telah diselesaikan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh yang membabitkan lebih 2,000 orang pekerja warganegara itu dan proses tersebut dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa isu-isu teknikal yang dihadapi sebelum ini bagi proses pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini telah dapat ditangani.

“Bagi majikan yang telah membayar levi dan bercadang untuk menggajikan pekerja warga Bangladesh, mereka boleh memanjangkan permohonan ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur untuk memohon pengesahan penggajian dan dokumentasi seperti Kontrak Pekerjaan serta Pesanan Kerja (Job Order) bagi pekerja,” katanya hari ini.

Bagaimanapun katanya, kemasukan pekerja warga Bangladesh ini tertakluk kepada saringan keselamatan dan kesihatan termasuk pematuhan syarat-syarat Jabatan Imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN