Projek LRA Langat 2 lewat

Projek LRA Langat 2 lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan sistem agihan dilaksanakan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengalami kelewatan sehingga Mei lalu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, keseluruhan projek itu kini pada tahap 90.32 peratus berbanding jadual sebenar kemajuan kerja iaitu 92.58 peratus.

Kata beliau, maklumat diberikan PAAB menunjukkan kemajuan projek itu mengalami kelewatan sebanyak 2.26 peratus.

“Sistem agihan bagi LRA yang merangkumi Koridor Barat dan Koridor Utara itu masih dalam peringkat pembinaan dan hanya akan siap sepenuhnya pada hujung 2023.

“Bagi memastikan air terawat daripada LRA itu disalurkan kepada pengguna, PAAB telah membuat penyambungan daripada Kolam Imbangan Baru di Bukit Enggang kepada Kolam Imbangan LRA Langat 1 sedia ada,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berhubung langkah yang sedang diambil untuk mempercepatkan pengaktifan LRA2.

Jelas Izham, LRA yang mempunyai kapasiti reka bentuk pengeluaran air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari (JLH) it diaktifkan bermula Disember 2019. 

“Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) melaksanakan dua lagi kerja penyambungan paip di bahagian hiliran bagi meluaskan sistem agihan kepada lebih banyak kawasan. 

“Pada masa ini, Air Selangor dapat mengagihkan air terawat yang dikeluarkan dari LRA2 menggunakan sistem agihan sedia ada sehingga 400 JLH,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya