PPIM sumbang van jenazah untuk penduduk Kampung Raja Hilir

PPIM sumbang van jenazah untuk kegunaan penduduk Kampung Raja Hilir

SITI Khadijah Hassan Berseri menyerah kunci van jenazah untuk kegunaan penduduk di Kampung Raja Hilir, Machang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Penantian lebih 20 tahun penduduk Kampung Raja Hilir di sini, untuk memiliki sebuah van jenazah akhirnya menjadi kenyataan selepas impian itu direalisasikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, dengan adanya kemudahan itu penduduk tidak lagi perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, van jenazah tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul menerusi platform atas talian iaitu sumbangan.com.

“PPIM menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma yang telah membantu merealisasikan penduduk di sini untuk memiliki sebuah van untuk memudahkan urusan pengkebumian.

“Selain itu, kita turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi ‘Charity Ride’ yang turut membantu mengumpulkan sumbangan dalam menjayakan misi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siti Khadijah memberitahu, selain van jenazah pihaknya dengan kerjasama KINGZ MG turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM65,000 untuk membaik pulih madrasah Kampung Tirok.

Katanya, sumbangan itu diharapkan mampu memberikan keselesaan kepada penduduk untuk mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti dakwah dan keagamaan selepas ini.

“Selain KINGSZ Motorcycle Group, kami turut mendapat sokongan daripada Berqat.com, ICON Production, Zara Awliya dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL).

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari  platform sumbangan.com dan kami menyasarkan mensasarkan untuk menambah sebanyak 10 buah lagi van jenazah kepada pihak yang memerlukan dalam masa terdekat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya