Polis tumpaskan Geng Peli Kebakat, tahan ketua kumpulan

Polis tumpaskan Geng Peli Kebakat, tahan ketua kumpulan, tiga anggota

AMRAN Dolah (tengah) menunjukkan barangan yang berjaya disita selepas menumpaskan Geng Peli Kebakat semasa sidang akhbar di IPT Tumpat, Kelantan hari ini. - FOTO/ROHAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis berjaya menumpaskan Geng Peli Kebakat yang aktif melakukan jenayah curi motosikal dan kereta termasuk pecah rumah di daerah selepas menahan ketua kumpulan itu bersama tiga lagi anggotanya dalam serbuan berasingan bermula 15 Julai hingga semalam.

Tangkapan ke atas kesemua suspek itu dilakukan susulan satu laporan polis berkait kes kecurian motosikal di Kampung Kebakat pada 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, kesemua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia antara 21 hingga 59 tahun.

Menurutnya, penangkapan suspek ini membantu polis menyelesaikan tujuh kes jenayah di Tumpat dan satu di Kota Bharu.

“Salah seorang anggota geng ini yang ditahan merupakan lelaki berketurunan siam.

“Hasil penangkapan kesemua suspek, polis  telah merampas dua buah kereta jenis Mercedes C180 dan Proton Perdana, sebuah motosikal EX-5, televisyen, komputer riba, sebuah enjin EX-5 bersama komponen, sebuah motosikal elektrik serta besi berbentuk L,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini hari ini.

Amran memberitahu, selain itu polis turut menemui lapan biji pil kuda milik salah seorang suspek untuk kegunaan sendiri.

Katanya, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil semakan mendapati Peli mempunyai 25 rekod jenayah lampau dan baharu keluar penjara tujuh bulan lalu.

“Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 21 Julai untuk siasatan lanjut dan masih mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai turut terlibat jenayah sama,” ujarnya.

Tambahnya, es disiasat mengikut Seksyen 457 serta 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN