Polis sita kereta mewah menyerupai kenderaan polis

Polis sita kereta mewah menyerupai kenderaan polis

KERETA yang diubah suai menyerupai kereta peronda polis disita di Maeps, Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tindakan seorang lelaki  mengubah suai keretanya sehingga menyerupai kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya memakan diri apabila kenderaan itu disita, polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menyedari menerusi laman media sosial sebuah kereta yang menyerupai kereta peronda polis di sebuah pameran kereta yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang, sejak semalam.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ke lokasi pameran kira-kira pukul 10.30 malam untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga merupakan pemilik kereta tersebut.

“Polis juga menyita sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan milik pasukan polis, serangkai kunci dan sekeping slip penyertaan pameran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, lelaki yang ditahan bekerja sebagai penjual aksesori kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai cukai jalan yang sah dan digunakan oleh suspek.

“Lelaki tersebut telah diikat jamin dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada polis untuk menjalankan tugas,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya