Polis perkemas siasatan kes tipu jemaah haji - Utusan Malaysia

Polis perkemas siasatan kes tipu jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memperkemas kertas siasatan membabitkan lima individu yang ditahan susulan  kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu Utusan Malaysia, kelima-lima suspek ketika ini masih direman dan tamat esok.

“Kita akan perkemaskan siasatan sebelum tindakan selanjutnya,” katanya ringkas di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan lima individu yang ditahan Polis Kontinjen Selangor diserahkan semula kepada Polis Kuala Lumpur kelmarin untuk siasatan lanjut.

Kesemua suspek berusia antara 30 tahun hingga 60 tahun itu dilanjutkan reman tiga hari lagi bagi siasatan kes melibatkan mereka di Kuala Lumpur.

Penahanan dua lelaki dan tiga wanita itu dilakukan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara, pada 8 Julai lalu.

Lima individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit.

Minggu lalu, media melaporkan 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN