PN tiada sejarah kesefahaman, kemenangan

PN tiada sejarah kesefahaman, kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Percanggahan pandangan mengenai isu logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jelas membuktikan parti itu tiada kesefahaman.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafi berkata, keadaan itu sekali gus memberi isyarat yang PN masih kekurangan semangat perpaduan tidak seperti Barisan Nasional (BN). 

Katanya, kesefahaman antara rakan-rakan komponen dalam BN amat utuh, malah tiada isu berbangkit mengenai pembahagian kerusi mahu pun penggunaan logo. 

“PN tiada sejarah kemenangan dan kesefahaman memandangkan logo parti itu tidak menjanjikan kemenangan pada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Berbeza dengan BN yang sejak dahulu kita menggunakan logo sama dan dipercayai rakan komponen lain,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan penggunaan logo PN pada PRU15 masih belum dimuktamadkan.

Katanya, kenyataan berkaitan penggunaan logo tersebut merupakan cadangan dan pandangan daripada beberapa pihak, namun, di peringkat parti, keputusan masih belum dibuat.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Bersatu dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU15 dengan perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil lihat isu perebutan penggunaan logo bagi Perikatan Nasional (PN) sebagai satu lumrah bagi setiap perikatan parti-parti politik dalam negara. 

Katanya, logo bukanlah penentu kemenangan mana-mana parti tetapi rakyat akan berbalik kepada parti yang menyediakan calon berintergriti membantu serta membela nasib rakyat.

“Berkaitan isu logo, ia terletak pada parti masing-masing. Banyak parti dan gabungan kini sedang fikir bukan sahaja mengenai logo tetapi juga naratif, kerusi dan calon.

“Perbincangan seperti ini adalah kebiasaan dalam persiapan menuju pilihan raya umum apatah lagi PRU-15 yang sudah pasti dinanti-nanti oleh semua pihak.

“Saya tidak lihat perkara ini sebagai satu perkara ganjil atau janggal. Sebenarnya logo sahaja belum memenangkan mana-mana parti tapi yang lebih penting adalah apa yang dilakukan oleh parti dan calon masing-masing untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN