PM lawat Turkiye, perkukuh kerjasama pelbagai bidang lebih tinggi

PM lawat Turkiye, perkukuh kerjasama pelbagai bidang

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Julai ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, beliau dijadualkan bertemu dengan rakan sejawat, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sekali gus memberikan peluang kepada kedua-dua mereka dalam pertemuan sulung ini untuk meneliti perkembangan pelaksanaan Deklarasi Bersama mengenai Rangka Kerja Kerjasama Strategik yang dimeterai pada tahun 2014.

Ini termasuk meneroka inisiatif baharu bagi meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi. 

“Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan semasa lawatan rasmi dalam kolaborasi dua hala ialah kerjasama pasca Covid-19, pertahanan dan industri aeroangkasa serta usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Perdana Menteri juga akan bertemu dengan pemain-pemain utama industri Turkiye dalam usaha mengukuhkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang,” katanya hari ini.

Sempena lawatan ini, Malaysia dan Turkiye dijangka memuktamadkan beberapa memorandum persefahaman dalam bidang kerjasama pendidikan, kesihatan, media dan komunikasi, pelancongan kesihatan, dan juga kolaborasi perniagaan.

Wisma Putra turut memberitahu, lawatan ini jelas menunjukkan kepentingan yang diletakkan oleh Malaysia terhadap hubungan dan kerjasama dengan Turkiye sebagai salah satu rakan Malaysia yang penting di Asia Barat. 

Pada tahun 2021, Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan perdagangan bernilai RM16.97 bilion (AS$4.09 bilion) dan projek-projek yang telah dilaksanakan bernilai RM444.59 juta (AS$130.91 juta).

Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi bersama Keluarga Malaysia di Istanbul semasa majlis makan tengahari esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya