PM beri bayangan tambah BKM bantu rakyat

PM beri bayangan tambah BKM bantu rakyat

ISMAIL  Sabri Yaakob berucap pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, Pasir Salak Perak. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada rakyat jika kenaikan harga barangan terus berlaku.

Perdana Menteri berkata,  bantuan itu mungkin melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Menurut beliau, ini bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup jika harga barang terus meningkat.

“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya