Peruntukan RM1.203 bilion naik taraf bekalan air bersih di Kuantan, Raub - Utusan Malaysia

Peruntukan RM1.203 bilion naik taraf bekalan air bersih di Kuantan, Raub

WAN ROSDY Wan Ismail (kanan) mengadakan mesyuarat bersama pegawai Pengurusan Air Pahang Berhad Kuantan dan Raub di Kuantan, Pahang. - FOTO/IHSAN PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.203 bilion untuk menyelesaikan isu bekalan air tahun ini di Kuantan dan Raub.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, RM1.103 bilion untuk daerah Kuantan dan RM74.4 juta (Raub).

“Kos ini melibatkan kerja penggantian paip dan juga pembinaan tangki air serta menaik taraf sistem bekalan itu yang akan diselenggarakan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip).

“Antara punca utama masalah bekalan air di dua buah daerah ini iaitu mengalami tekanan air rendah pada waktu puncak, paip pecah, kekeruhan sumber air mentah dan juga tangki yang tidak mampu menampung kapasiti permintaan baharu,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan Paip di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, peruntukan bagi daerah Raub iaitu bagi kerja membina dan menyelenggarakan tangki, menaiktaraf rumah pam dan sistem paip untuk bekalan tersebut di luar dan pinggir bandar dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri menerusi Paip amat cakna dengan isu bekalan air di negeri ini dan sedaya upaya berusaha menyelesaikan masalah dengan mengambil langkah sewajarnya,” jelasnya.

Katanya, walaupun mengambil tempoh masa yang panjang, namun usaha berterusan tetap dilaksanakan agar semua rakyat menikmati bekalan air bersih secara terawat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN